Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Petani disahkan lelaki tertua pada 112 tahun

    CARACAS, 18 MEI – Seorang petani Venezuela berusia 112 tahun secara rasmi disahkan sebagai lelaki tertua yang masih hidup, susulan kematian seorang warga Sepanyol yang sebelum ini memegang rekod itu.

    Guinness World Records berkata Juan Vicente Perez disahkan sebagai lelaki tertua yang masih hidup pada Februari lalu.

    “Beliau memiliki tahap kesihatan dan memori yang luar biasa. Beliau mengingati zaman kanak-kanak, perkahwinan, nama adik beradik, anak-anak dan cucunya.

    “Beliau gemar dikelilingi ahli keluarga dan sahabat, ketika mereka berkongsi cerita dan berbual,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

    Perez dilahirkan pada 27 Mei 1909 di barat Tachira, di mana beliau membantu ibu bapanya menuai tebu dan kopi seawal usia lima tahun.

    Perez berkahwin dengan Ediofina del Rosario Garcia selama 60 tahun, sebelum isterinya meninggal dunia pada 1997.

    Mereka memiliki 11 cahaya mata, 41 cucu, 18 cicit dan 12 piut.

    Beliau berkata rahsia tempoh hayatnya yang panjang adalah ‘bekerja keras, berehat ketika bercuti, tidur awal, minum segelas arak yang disuling setiap hari, mencintai Tuhan dan sentiasa membawaNya di dalam hati.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...