Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Petani harapkan bantuan naik taraf sawah padi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Menjadi harapan para petani yang bersawah padi di kampung-kampung terutama di Daerah Belait, supaya sawah-sawah padi akan mendapat bantuan kemudahan asas daripada kementerian yang berwajib.

    “Ini seterusnya ‘menjanguk’ para petani dan memeduli bagi menaikkan lagi taraf sawah-sawah padi di kampung-kampung seperti pemeliharaan saliran air dan longkang menuju ke anak-anak sungai bagi mengatasi banjir yang menenggelami sawah-sawah padi, khususnya di ladang-ladang padi di Daerah Belait seperti yang pernah berlaku yang sudah-sudah.”

    Harapan itu disampaikan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dalam usul menjunjung kasih pada hari pertama persidangan MMN yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini. Beliau seterusnya berkata, dengan siapnya jambatan penghubung ke Daerah Temburong, ia telah banyak memberikan manfaat dan penubuhan Autoriti Kemajuan Daerah Temburong dapat merancang pelbagai pembangunan dan kemajuan yang bakal dicapai seperti bidang pertanian, pembangunan ekonomi pelancongan, ekopelancongan dan yang lain-lain.

    “Penubuhan autoriti kemajuan daerah adalah langkah tepat yang satu masa nanti akan boleh dilaratkan ke daerah-daerah seterusnya supaya setiap daerah mempunyai pembangunan kemajuan yang selaras,” jelasnya.

    Yang Berhormat Haji Abdul Hamid menyampaikan usul semasa persidangan MMN yang berlangsung kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...