Petani, polis bertempur di India

NEW DELHI, 26 JAN – Perarakan protes oleh kumpulan petani di ibu kota India bertukar ganas hari ini ketika polis yang menggunakan kayu cota campur tangan dalam demonstrasi itu, melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Rakaman langsung perarakan traktor yang disiarkan penyiar swasta NDTV menunjukkan pertembungan di beberapa tempat di New Delhi ketika negara menyambut Hari Republik ke-72.

Laporan itu juga menunjukkan penunjuk perasaan melemparkan batu kepada polis ketika pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan petani. – Bernama

Para petani ketika memindahkan penghadang yang didirikan oleh pihak polis semasa demonstrasi tersebut. – AFP