Petani wuhan terus bertahan selepas COVID-19

HUANGPI – Berikutan perintah berkurung bagi membendung penularan wabak COVID-19, banyak perniagaan mengalami kemerosotan ekonomi kerana terpaksa menutup sementara perniagaan.

Namun, impak kejatuhan ekonomi ini lebih terkesan kepada petani-petani yang selama ini bersusah payah menanam dan menghidupkan tanaman sebagai jualan kerana disekat daripada melaksanakan tugas di ladang masing-masing.

Sehinggakan terpaksa ‘berputih mata’ kerana kehilangan hasil tanaman begitu saja dan kerja keras selama ini hanyalah satu usaha yang sia-sia. Sebagaimana di China sendiri, di mana mereka tersekat dalam ikatan yang sama kerana kebanyakan tanaman petani Cina di ladang mereka terjejas, Jiang Yuewu sedang bersedia untuk membuang penuaian 500 tong akar teratai kerana kawalan anti-koronavirus menghalang peniaga daripada datang ke ladangnya yang berhampiran dengan Wuhan, di mana pandemik global bermula.

Pemimpin-pemimpin Cina bersemangat untuk memulihkan ekonomi, tetapi keadaan suram di Huangpi di pinggir Wuhan memaparkan kerosakan kepada petani yang berjuang untuk terus bertahan selepas negara ditutup selama dua bulan.

Pihak berkuasa kini mengurangkan sekatan kawalan perjalanan selepas mengisytiharkan kemenangan terhadap virus tersebut, tetapi bunga-bungaan dan tanaman lain yang dianggap tidak penting akan menjadi layu sementara petani-petani menunggu kebenaran untuk memasarkannya.

Dong Yumei (kiri) menuai sayur-sayuran untuk para sukarelawan. – AP
Gambar bertarikh 6 April 2020 menunjukkan seorang sukarelawan, Luo Hao (kanan) bercerita dengan petani tentang sayur-sayuran mereka akan diambil oleh para sukarelawan lain di Wuhan. – AP
Seorang sukarelawan menyerahkan sayur kepada penduduk di luar komuniti di Wuhan. – AP
Petani bunga, Guo Changqi membuang bunga-bunga yang rosak di ladangnya. – AP
Gambar bertarikh 6 April 2020 menunjukkan beberapa pekerja sedang menanam semula akar teratai di Huangpi, wilayah Wuhan di wilayah Hubei China tengah. – AP

Kebanyakan pengangkutan di dalam dan di sekitar Wuhan, sebuah bandar raya yang memiliki 11 juta orang di wilayah Hubei China tengah, digantung pada 23 Januari lalu untuk melawan koronavirus. Lori yang membawa bekalan makanan yang dianggap penting dibenarkan lalu.

Akar teratai Jiang, sesuatu yang berkanji, di mana merupakan ramuan popular dalam masakan Cina, dan beberapa tanaman lain tidak termasuk.

“Penjual ingin datang dan membeli akar teratai tetapi tidak dapat melakukannya,” kata Jiang, 57, memakai pakaian biru dan berkasut but getah yang tinggi.

“Jika kita tidak melakukan yang terbaik, pada separuh kedua tahun ini, kita hampir tidak dapat bertahan.”

Sekatan terakhir penduduk Wuhan meninggalkan bandar itu dimansuhkan Rabu lalu, tetapi petani dan perusahaan masih berusaha mengembalikan rantaian bekalan yang membawa makanan ke kota-kota yang sibuk dan bahan-bahan mentah ke kilang-kilang. Perkhidmatan Berita rasmi China melaporkan bahawa Hubei akan mewujudkan ‘saluran hijau’ untuk mendapatkan bekalan pengeluaran kepada petani dan tanaman untuk dipasarkan.

Jiang dan jiran-jirannya di kawasan ini kira-kira 30 kilometer (20 batu) timur laut pusat bandar Wuhan berkata mereka masih menunggu kelulusan.

Guo Changqi, yang menanam bunga untuk jualan di Wuhan, berkata para pegawai melawat untuk bertanya kepada petani sayuran mengenai kerugian mereka dan bukan dirinya. Guo berkata dia telah membuang lebih daripada 20,000 pasu bunga, yang biasanya menjual 5 hingga 6 yuan (AS$0.70 hingga AS$0.85 sen) setiap satu di pasar borong di Wuhan.

Pasaran telah dibuka semula, tetapi hanya terdapat beberapa orang pelanggan, katanya.

“Kami menghidupkan bunga,” kata Guo, yang memakai topi jerami yang lebar ketika dia melewati barisan pasu-pasu bunganya yang mati. “Jika kita tidak mempunyai cara untuk menjualnya, kehidupan akan menjadi lebih sukar.”

Petani berharap bantuan kerajaan. “Kita tidak boleh melakukan apa-apa mengenai wabak berkenaan,” kata Jiang.

“Sekiranya kerajaan dapat mencari cara untuk menjual akar teratai, ia dapat meminimumkan kerugian kami, tetapi setakat ini mereka tidak melakukan apa-apa.”

Akar teratai tumbuh di bawah air lutut dalam 20 buah kolam seluas padang bola sepak milik Jiang.

Peniaga-peniaga yang membekalkan pasaran sejauh Shenzhen, bersebelahan dengan Hong Kong di tenggara, biasanya membayar 0.90 hingga 1 yuan (AS$0.12 hingga AS$0.14 sen) setiap 500 gram (per paun).

Sesetengah petani mencari kedai sementara untuk menjual melalui sukarelawan di Wuhan yang membantu orang tua dan orang lain yang terdedah untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka membeli terus dari petani dan mengatur penghantaran ke kompleks pangsapuri.

Pesanan runcit dalam talian melonjak di Wuhan dan bandar-bandar lain selepas orang ramai diperintahkan untuk tetap tinggal di dalam rumah. Pihak kerajaan juga menyusun penghantaran makanan tetapi sesetengah penduduk tidak mempunyai akses ke laman sesawang dan aplikasi telefon pintar.

“Terutama bagi orang tua yang ditinggalkan oleh anaknya, mereka tidak tahu bagaimana untuk membeli makanan dari dalam talian walaupun mereka mempunyai wang,” kata sukarelawan Luo Hao.

Jiran Jiang, Dong Yumei, yang menanam sayur kubis, berkata jualannya telah jatuh sebanyak 80 peratus. Kebanyakan perniagaannya sekarang adalah dengan rangkaian sukarelawan di Wuhan.

“Petani di sini sangat bagus dan sayur-sayurannya lebih murah. Malah ia juga segar dari ladang,” kata Luo. – AP