Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pete Davidson terima rawatan mental trauma?

    Gara-gara menjadi mangsa buli siber, pelawak Pete Davidson mengakui trauma dan terpaksa menjalani rawatan ke-sihatan mental sejak April lalu.

    Bekas kekasih Kim Kardashian itu dikatakan tidak tahan dengan komen-komen yang sering dimuat naik oleh Kanye West yang merupakan bekas suami Kim.

    “Tindakan Kanye telah menjadi penyebab kepada masalah Pete dan dia terpaksa mendapatkan bantuan,” kata satu sumber seperti yang dipetik dari People. Minggu lalu Pete dan Kim mengumumkan mereka sudah berpisah selepas sembilan bulan bercinta.

    Sejak kisah Pete dan Kim menjadi perhatian ramai, Kanye sering memuat naik status provokasi seolah-olah sengaja memburukkan Pete selain dilihat mahu memenangi kembali hati bekas isterinya.

    Menurut sumber sama, masalah dihidapi oleh Pete ini bagaimanapun bukan punca dia berpisah dengan Kim. Sebaliknya mereka mengambil keputusan untuk berpisah kerana jadual kerja yang terlalu padat selain tinggal berjauhan. – Agensi

    Pete Davidson dikatakan tidak tahan dengan komen-komen yang sering dimuat naik oleh Kanye West yang merupakan bekas suami Kim. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...