Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Peter Dutton dilantik ketua pembangkang

    ANKARA, 30 MEI – Parti Liberal Australia hari ini melantik bekas Menteri Pertahanan Peter Dutton sebagai pemimpin baharu parti itu, lapor Anadolu Agency (AA) memetik media tempatan.

    Dutton menang tanpa bertanding jawatan ketua pembangkang bersama-sama Sussan Ley sebagai timbalannya, lapor Sky News.

    Scott Morrison, bekas perdana menteri dan pemimpin parti itu, meletak jawatan selepas partinya kalah dalam pilihan raya umum menentang Parti Buruh pada 21 Mei dan Anthony Albanese dilantik perdana menteri baharu negara itu.

    “Menjelang pilihan raya akan datang pada 2025, kami akan membentangkan rancangan kepada rakyat yang akan membersihkan kecelaruan dalam Parti Buruh yang tidak dapat dielakkan dan meletakkan visi kami sendiri,” penyiar itu memetik Dutton. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...