Peter: Kapasiti air empangan hanya bertahan sementara
KOTA KINABALU, 5 Mac – Kapasiti air di enam empangan di negeri ini masih beroperasi seperti biasa, namun hanya boleh menampung air beberapa bulan sahaja ekoran kemarau yang berpanjangan, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur (KPI) Sabah, Datuk Peter Anthony. Beliau berkata masalah penurunan kadar pengeluaran air akibat kemarau yang sedang melanda telah menjejaskan beberapa kawasan di

































