Peti sejuk, penyaman udara dicemari HFC jejas iklim

WASHINGTON, 23 SEPT – Pentadbiran Presiden Joe Biden akan mengumumkan peraturan baharu hari ini yang secara drastiknya bakal mengurangkan penggunaan sekumpulan gas rumah hijau berkuasa yang biasa ditemui dalam peti sejuk dan penyaman udara, kata para pegawai.

Bahan pencemar yang dikenali sebagai hydrofluorocarbon (HFC) boleh menyebabkan ratusan hingga ribuan kali lebih kuat daripada karbon dioksida pada kepanasan terperangkap di atmosfera yang memburukkan lagi krisis iklim.

Sebuah kumpulan tindakan baharu di-dedahkan oleh kerajaan ‘dijangka mengurangkan pelepasan yang bersamaan dengan 4.5 bilion tan metro karbon dioksida menjelang tahun 2050,” kata penasihat iklim nasional Rumah Putih, Gina McCarthy kepada wartawan.

“Ia adalah sebanyak keseluruhan tiga tahun pelepasan dari sektor tenaga kami.”

Tahun lalu, kongres meluluskan undang-undang bersama sokongan dari kedua-dua demokrat dan republikan untuk mengurangkan HFC sebanyak 85 peratus di bawah tahap garisan dasar dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Langkah itu mendapat sokongan daripada industri AS, yang menyaksikan ia adalah satu peluang untuk menghasilkan peti sejuk bukan HFC kepada dunia.

Di bawah tindakan baharu itu, kerajaan juga akan bertindak keras ke atas pengeluaran haram dan penjualan HFC, dan menyokong penyelidikan ke arah alternatif baharu. – AFP