Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petisyen bantah penebangan ribuan pokok

    TOKYO, 25 SEPT – Aktivis memfailkan petisyen baharu dengan hampir 225,000 tandatangan hari ini bagi menentang rancangan untuk menebang ribuan pokok dan merobohkan stadium besbol bersejarah di kawasan hijau yang jarang ditemui di tengah Tokyo.

    Kaya dengan pokok-pokok yang disumbangkan bagi menghormati Maharaja Meiji seabad yang lalu, Meiji Jingu Gaien menawarkan tempat berehat dan berteduh – Jepun mengalami musim panas yang paling panas yang pernah direkodkan tahun ini, di salah satu kawasan bandar terbesar di dunia.

    Kawasan taman itu juga menempatkan Stadium Jingu di mana bintang besbol Amerika Syarikat, Babe Ruth, memukau penonton pada tahun 1934 dan tempat pengarang terkenal Jepun, Haruki Murakami, berkata dia mendapat inspirasi untuk menjadi seorang penulis.

    Juga di tapak itu terdapat stadium yang digelar sebagai rumah rohani ragbi Jepun.

    Tetapi projek pembangunan semula itu, yang dijadualkan bermula bulan ini, akan menyaksikan kemudahan sukan itu dimusnahkan dan dibina semula bersama beberapa bangunan tinggi baharu bagi menambah kepadatan bangunan tinggi Tokyo.

    Menurut petisyen yang dikemukakan hari ini kepada kerajaan, sebanyak 1,000 pokok akan ditebang manakala stadium besbol baharu hanya berjarak enam meter dari deretan pokok gingko yang daun-daunnya pada musim luruh menarik perhatian ramai orang.

    “Semua ini adalah pokok-pokok yang besar dan cantik,” kata Rochelle Kopp, seorang perunding pengurusan yang menganjurkan petisyen – salah seorang daripada beberapa aktivis dan yang juga terlibat dalam tuntutan mahkamah terhadap projek itu.

    “Bilangan petisyen dalam talian terus meningkat kerana semakin ramai orang awam mengetahui butiran rancangan itu, semakin ramai orang tidak berpuas hati dengan rancangan untuk memuatkan seberapa banyak bangunan pencakar langit ke dalam ruang kecil dan mengubah landskap tercinta ini selama-lamanya,” kata Kopp kepada pemberita. – AFP

    Orang ramai mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek pembangunan semula kerajaan metropolitan Tokyo bagi Daerah Meiji Jingu Gaien di Tokyo pada 12 Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda