Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Petra Jaya mampu jadi perintis pelaksanaan ITS

    KUCHING, 3 NOV – Petra Jaya, yang dikategori sebagai bandar, berupaya menjadi perintis bagi pelaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) di Sarawak seterusnya mengatasi masalah kesesakan trafik yang dihadapi di kawasan itu ketika ini.

    Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelaksanaan ITS merupakan antara tumpuan beliau dalam aspek penambahbaikan infrastruktur selain pembangunan pendidikan dan peningkatan sosioekonomi penduduk di kawasan Parlimen itu.

    “Kita memerlukan perancangan bukan sahaja menambah baik infrastruktur tetapi juga menggunakan teknologi yang boleh menguruskan masalah trafik secara efektif dan efisien.

    “Petra Jaya berada dalam kawasan bandar jadi kos sara hidup tinggi dan kita nak bantu penduduk khususnya di kawasan ini untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 77 unit tablet sumbangan Huawei Technologies Sdn Bhd kepada pelajar daripada keluarga B40 di sini hari ini.

    Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya sejak 2004 itu berkata beliau akan meneruskan usaha menerapkan minat generasi muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik  (STEM) bagi mencapai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (empat, kiri) menyerahkan watikah calon Parlimen Petra Jaya kepada Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...