Petra tawan Terbuka Qatar lagi

DOHA, 7 MAC – Petra Kvitova mengetepikan Garbine Muguruza 6-2,6-1 untuk meraih kejuaraan Terbuka Qatar buat kali kedua awal pagi tadi.

Pilihan keempat dari Republik Czech itu hanya memerlukan lebih sejam untuk mengetepikan juara Grand Slam dua kali.

Ia adalah kejuaraan kali ke-28 Petra dalam 38 perlawanan akhir.

“Ia pencapaian yang sempurna dalam keadaan sukar,” kata Kvitova ketika meraih kemenangan itu, selepas kali pertama muncul juara di Doha pada 2018.

“Saya minta maaf buat kali kedua (mengalahkan Garbine di final), saya harap kita dapat bertemu lagi,” tambahnya.

Petra memenangi 20 perlawanan di Doha, paling banyak berbanding pemain lain dan mengatasi rekod 19 kemenangan yang dicatatkan Svetlana Kuznetsova dan Caroline Wozniacki.

“Setiap hari adalah perlawanan yang baharu buat saya, tahniah kepada Petra kerana kali kedua dia mengalahkan saya di kejohanan ini.

“Saya tidak sabar untuk kembali semula ke sini tahun depan,” kata Mugurunza yang tumpas lima kali berturut-turut kepada Petra.

Mugurunza akan memanfaatkan waktu rehatnya pada Jumaat selepas perlawanan separuh akhir menentang Victoria Azarenka dibatalkan berikutan dengan kecederaan belakang yang dialami oleh Azarenka, sekali gus memberi peluang kepada Mugurunza untuk terus beraksi di final. – AFP

Gambar fail Kvitova pada perlawanan Terbuka Australia tahun lalu. Kvitova mengetepikan Garbine Muguruza 6-2,6-1 untuk meraih kejuaraan Terbuka Qatar buat kali kedua awal pagi kelmarin. – AFP