Petrol disangka air, lelaki mati terbakar

LAGOS, 5 DIS – Seorang lelaki mati terbakar hari ini selepas seorang paderi tersilap petrol disangka air ketika satu upacara penyembuhan di Lagos, kata perkhidmatan kecemasan.

“Paderi mengambil satu tong kecil menyangka ia mengandungi air tanpa mengetahui ia diisi dengan petrol,” kata Ibrahim Farinloye daripada Agensi Pengurusan Kecemasan Negara.

“Dalam proses mengosongkan isi kandungan ke atas seorang lelaki, sebatang lilin berhampiran mencetuskan api yang membakar kedua-dua mereka,” beritahu Farinloye kepada AFP. Kebakaran gereja di kawasan Naruwa di utara bandar merebak ke talian paip minyak tidak jauh, yang juga mencetuskan kebakaran, tambah beliau.

“Kami telah menemui mayat seorang lelaki. Dia terbakar sehingga tidak dapat dikenali, sementara seorang lagi (paderi) cedera parah akibat luka lecur,” kata Farinloye. – AFP