Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Petronas bekal gas kepada SPSB, SEB

    BINTULU, 22 OGOS – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membekalkan gas asli kepada Sarawak Petchem Sdn Bhd (SPSB) dan Sarawak Energy Bhd (SEB) pada tahun depan menerusi pembangunan kemudahan penghantaran gas di Tanjung Kidurong.

    Kemudahan Jualan Gas Tambahan Bintulu – 2 (BAGSF-2), yang terletak di kawasan seluas 70 hektar yang dilengkapi bangunan pentadbiran, kawasan pemprosesan, stesen pemeteran dan utiliti, direka bentuk dengan kemampuan untuk menyalurkan sehingga 390 juta kaki padu standard sehari (mmscfd), kata Petronas dalam satu kenyataan.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan majlis pecah tanah kemudahan itu di sini hari ini.

    Kemudahan itu akan menyalurkan 160 mmscfd gas asli ke loji metanol milik kerajaan Sarawak, yang sedang dalam pembinaan di Tanjung Kidurong dan akan dikendalikan oleh SPSB.

    Sebanyak 70 mmscfd lagi akan dibekalkan ke loji Janakuasa SEB Tanjung Kidurong manakala kapasiti selebihnya akan dibekalkan kepada pelanggan pada masa akan datang.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz berkata pembangunan BAGSF-2 menandakan satu lagi pencapaian penting dalam komitmen syarikat petroleum negara untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi pertumbuhan mampan industri minyak dan gasnya.

    “Apabila beroperasi, BAGSF-2 akan menghasilkan aktiviti tambah nilai baharu untuk sumber hidrokarbon di Sarawak, yang menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk petrokimia dan industri kuasa domestiknya.

    “Kami sentiasa berharap untuk membangunkan perkongsian yang kukuh dengan kerajaan negeri dalam membangunkan sumber Sarawak bagi kemakmuran bersama di peringkat negeri dan negara,” katanya pada majlis tersebut. – Bernama

    Gambar fail dari The Wall Street Journal menunjukkan Petronas Malaysia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...