Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Petronas naikkan nilai ambang kontrak syarikat Sarawak

    KUCHING, 1 NOV – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bersetuju untuk menaikkan nilai ambang kontrak bagi syarikat Sarawak yang membabitkan sektor huluan dan hiliran, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. 

    Beliau berkata nilai ambang tersebut akan dinaikkan daripada RM10 juta kepada RM50 juta dan daripada RM5 juta kepada RM20 juta menjelang 2030, untuk sektor huluan dan hiliran.

    “Selain daripada itu, mereka turut bersetuju untuk meningkatkan keutamaan kod Petronas SWEC (Kategori Standard Bidang Kerja dan Kelengkapan) untuk kontraktor Sarawak daripada garis dasar 63 kategori kepada 600 kategori menjelang 2030,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian jual beli Terminal Gas Petroleum Cecair (LPG) Bintulu di sini, hari ini. 

    Awang Tengah, yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua Sarawak berkata sebelum ini, Petronas telah bersetuju bahawa kerja-kerja kontrak dalam sektor minyak dan gas di perairan negeri perlu diberikan kepada syarikat Sarawak, dengan garis asas tahunan RM2.1 bilion. 

    Beliau berkata jumlahnya akan dinaikkan secara berperingkat bergantung kepada jumlah kerja dan keupayaan sektor swasta tempatan. – Bernama

    Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (empat, kanan) ketika hadir pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara PUSAKA Integrated Resources Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarahnya Datuk Hashim Bojet dengan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Azrul Rani Osman (duduk, kiri) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...