Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petronas pasang dandang haba sisa bagi loji penapisnya

    KUALA LUMPUR, 24 Mac – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memasang dua dandang haba sisa dimodular bagi loji penapisnya, yang ketika ini sedang dibina di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

    Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, dandang tersebut merupakan komponen penting unit perekahan pemangkinan cecair sisa (RFCC) dalam loji penapis itu kerana ia berfungsi untuk merekahkan sisa atmosfera yang di hydrotreat menjadi bahan mentah bagi kemudahan perekah strim.

    “Kejayaan pemasangan dandang ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan keseluruhan PIC yang kini bersedia untuk dimulakan pada suku pertama 2019,” kata PETRONAS.

    Dandang tersebut, yang dipasang siap di Kaohsiung, Taiwan, setiap satu seberat kira-kira 2,000 tan metrik.

    Ia merupakan dandang haba sisa dimodular terbesar yang pernah dibawa ke Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

    Pembinaan dandang itu, bersama dengan RFCC, diberikan kepada konsortium CTCI Corp, Chiyoda Corp, Synerlitz Malaysia Sdn Bhd dan MIE Industries Sdn Bhd.

    Selepas siap kelak, loji penapis PIC itu akan mempunyai kapasiti penapisan 300,000 setong sehari. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda