Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petronas, S-Oil meterai perjanjian bekalan LNG

    KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Petronas LNG Ltd (PLL), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), memeterai perjanjian jual dan beli dengan S-OIL Corporation (S-Oil) untuk membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi operasi loji baharu S-Oil dan sebagai bahan mentah bagi pengeluaran hidrogennya.

    Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata di bawah perjanjian itu, PLL komited untuk menyediakan sehingga 0.7 juta tan  metrik setahun (MTPA)  LNG kepada S-Oil bagi tempoh 15 tahun, bermula 2018.

    Pengerusi PLL/Naib Presiden Pemasaran dan Dagangan Petronas LNG, Ahmad Adly Alias berkata perjanjian itu merupakan bukti tumpuan Petronas bagi membina hubungan jangka panjang dengan rakan-rakan kongsi komited.

    “Kami berharap dapat mewujudkan nilai tambahan dengan S-Oil bagi memastikan kami dapat menyediakan penyelesaian paling komprehensif,” katanya.

    Disokong oleh pengalaman lebih 30 dalam LNG, Petronas telah diperakui sebagai pembekal LNG paling boleh dipercayai dan fleksibel, beroperasi dari pangkalan bekalan utamanya di Bintulu, Sarawak.

    Ia juga mempelbagaikan portfolio bekalan LNG dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan memasukkan Australia Gladstone LNG dan kemudahan LNG terapung pertama dunia di luar pantai Sarawak.

    S-Oil merupakan syarikat penapisan minyak yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan.

    Syarikat itu yang ditubuhkan pada 1976, mengeluarkan petroleum, petrokimia dan produk pelincir. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda