Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petronas sokong mekanisme baharu harga bahan api

    KUALA LUMPUR, 15 Julai – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan berkaitan kaedah penetapan baharu harga siling bahan api jika berlaku pertukaran ke atas mekanisme sedia ada.

    Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Bhd, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata setakat ini, tiada maklumat baharu mengenai perubahan mekanisme??????? harga minyak diperkenalkan kerajaan.

    “Kita masih lagi menunggu jika terdapat sebarang pendekatan baharu terhadap penetapan harga siling bahan api,” katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Petronas di sini, hari ini.

    Petronas Dagangan merupakan cabang pemasaran domestik khusus kepada Petronas.

    Bermula April 2017, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan harga siling bahan api diumumkan setiap minggu, bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

    Difahamkan, penetapan harga mingguan itu diperlukan bagi menambah baik pelaksanaan pengapungan terkawal secara bulanan sebelum ini terutamanya memandangkan harga minyak dunia berubah setiap hari. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda