Thursday, September 29, 2022
32.9 C
Brunei

Petronas, TVS Motor bentuk TVS Racing

-

KUALA LUMPUR, 26 APRIL – Petronas telah mencapai persetujuan dengan Syarikat TVS Motor, pengeluar kenderaan dua dan tiga roda terkenal di India untuk menjadi rakan kongsi utama kepada pasukan pengeluar perlumbaan pertama India, TVS Racing.

Dikenali sebagai Petronas TVS Racing Team, bakal menampilkan reka bentuk baharu pada jentera berkuat kuasa musim ini dan Petronas akan membekalkan minyak enjin berprestasi tinggi, Petronas Sprinta kepada pasukan pada perlumbaan motosikal tempatan, supercross serta rali.

Perlumbaan berkenaan terdiri daripada Kejohanan Lumba Motosikal Kebangsaan India (INMRC), Kejohanan Supercross Kebangsaan India (INSC) dan Kejohanan Rali Kebangsaan India (INRC).

Kerjasama itu dilengkapkan dengan pakatan perniagaan strategik dengan PETRONAS Lubricants International (PLI) untuk membangunkan jenama minyak bersama iaitu PETRONAS TVS TRU4 RacePro, yang tersedia untuk pengguna di seluruh India bulan hadapan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas, Datuk Sazali Hamzah berkata mereka berbangga untuk menyokong cita-cita TVS Racing kerana pelincir Petronas mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam acara sukan permotoran global.

“PETRONAS terus membuat kemajuan di seluruh rantaian nilai di India. – Bernama

Artikel sebelum iniRabu, 27 April 2022
Artikel seterusnyaBekas gerai tepi jalan perlu diroboh
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -