Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Petugas barisan hadapan diwajibkan ambil vaksin

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Ibu bapa dan keluarga yang tinggal bersama kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi supaya dapat membantu menjaga keselamatan kanak-kanak tersebut.

Pada masa ini, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam baru meluluskan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata sedemikian semasa menjawab persoalan mengenai kebimbangan ibu bapa kanak-kanak yang berumur 11 tahun ke bawah belum diberikan vaksin semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Beliau seterusnya menjelaskan, apabila ekonomi negara buka kembali, jika kanak-kanak di bawah 11 tahun masih belum diberikan vaksinasi, ibu bapa diingatkan untuk mengehadkan kanak-kanak tersebut keluar rumah tanpa ada tujuan dan keperluan yang penting.

“Kalau perlu pun, seperti biasa hendaklah mengikuti SOP tertentu seperti pemakaian pelitup muka, sanitasi tangan dan penjarakan sosial.

“Semua ini amat penting dan dengan cara ini juga, kita dapat mengawal kesihatan untuk kanak-kanak di bawah 11 tahun ini,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas persoalan mengenai terdapat sebilangan pekerja hotel yang tidak mendapatkan vaksin sedangkan mereka ini di kategorikan sebagai petugas barisan hadapan, Yang Berhormat Dato menegaskan bahawa dalam negara berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19 ini, petugas barisan hadapan dimestikan untuk mendapatkan vaksin mereka.

Barisan hadapan merupakan bentang untuk mengawal penularan ini dan jika bentang tersebut tidak dapat melindungi diri mereka, ia akan menjejaskan orang sekelilingnya. Petugas barisan hadapan yang belum mendapatkan vaksinasi supaya memikirkannya bukan saja demi diri sendiri tapi orang sekeliling dan keluarga mereka.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -