Petugas barisan hadapan terus terima sumbangan

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 24 NOV – Sebagai pembakar semangat kepada para petugas barisan hadapan untuk terus berjuang menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini, sebanyak 100 pasang baju scrub telah disumbangkan Syarikat Aewon Garment & Embroidery di bawah Projek Amal Zee’Az untuk para petugas Sukarelawan Belia COVID-19 bagi bahagian Pusat Pengagihan Catuan Makanan di Kompleks Sukan Tutong, baru-baru ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan, Syarikat Aewon Garment & Embroidery, Lau Chai Seng kepada Ketua Bahagian Bantuan Home-Quarantined Individuals (HQI), Awang Mohd Ronnie bin Abdullah Labau.

Sehubungan itu, Dayang Zee’Az selaku urus setia projek amal berkenaan mengalu-alukan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan dengan menghubungi talian 7153114.

Dengan perlaksanaan projek amal sedemikian, ia diharap dapat mendidik masyarakat untuk bersatu tampil menyalurkan sumbangan bukan hanya setakat barangan dan kewangan bahkan merangkumi tenaga dan buah fikiran ke arah usaha meringankan bebanan pihak-pihak yang berkepentingan dalam sama-sama memutuskan rangkaian wabak.

Lau Chai Seng menyampaikan sumbangan daripada Syarikat Aewon Garment & Embroidery di bawah Projek Amal Zee’Az kepada para petugas Sukarelawan Belia COVID-19 bagi bahagian Pusat Pengagihan Catuan Makanan di Kompleks Sukan Tutong.