Petugas masjid nafi ambil wang tabung derma

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun, kelmarin, telah menafikan mengeluarkan wang dari peti derma di masjid di mana dia bekerja dan akan menjalani perbicaraan.

Haji Sufri bin Haji Mega yang merupakan seorang petugas di masjid itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah dengan mengambil $60 daripada peti derma Masjid Perpindahan Kampung Mata-Mata pada 4 September lalu.

Pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya ‘Adzimah Salleh itu membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara dan denda.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menangguhkan kes tersebut sehingga 20 November depan untuk menetapkan tarikh perbicaraan.