Petugas pusat pengasingan positif, punca jangkitan disiasat

Oleh Salawati haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Terdapat beberapa petugas barisan hadapan yang ditempatkan di pusat pengasingan di negara ini telah didapati positif COVID-19.

Walau bagaimanapun, pengawasan dan ujian terhadap punca jangkitan telah dilakukan.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan mengenainya pada sidang media di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan adalah bagi mengetahui punca jangkitan sama ada ia didapati di tempat mereka bertugas atau dari luar.