Petunjuk membawa kematian

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

NOVEL Follow Me adalah sebuah novel thriller yang bertemakan dunia media sosial yang sangat menakutkan ditulis oleh Angela Clarke.

Ketik ‘Like’, ‘Share’, ‘Follow’ dan kemudian mati. #Murderer di laman media sosial dipenuhi dengan post-post menakutkan yang mengandungi pentunjuk-pentunjuk mengenai mangsa pembunuhan seterusnya.

Ia bukan sahaja memperlekehkan pihak polis, menarik perhatian media dan memenuhi imaginasi orang ramai, namun ia bukanlah hanya sekadar ancaman palsu. Semakin ramai yang mengikuti akaun media sosialnya, semakin ramai yang telah menjadi mangsa pembunuhan kejamnya.

Ketik ‘Like’, ‘Share’, ‘Follow’ dan kemudian mati. #Murderer di laman media sosial dipenuhi dengan post-post menakutkan yang mengandungi pentunjuk-pentunjuk mengenai mangsa pembunuhan seterusnya.
Ketik ‘Like’, ‘Share’, ‘Follow’ dan kemudian mati. #Murderer di laman media sosial dipenuhi dengan post-post menakutkan yang mengandungi pentunjuk-pentunjuk mengenai mangsa pembunuhan seterusnya.

Lapan tahun yang lalu, dua gadis remaja telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dilupakan dan kini Nasreen sebagai seorang pegawai polis bersama seorang jurnalis, Freddie, kini kembali berganding bahu untuk mencari sang pembunuh licik yang gilakan publisiti tersebut.

Akan tetapi bolehkah mereka bergerak selangkah lebih laju di hadapan si pembunuh sebelum dia menemui mangsanya dan menghentikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan tersebut. Tambahan lagi, bolehkah mereka melupakan masa silam yang menghantui mereka.

Masa kian suntuk, semakin ramai yang mengikuti #Murderer. Tiada sesiapa pun yang tahu siapa pemilik akaun tersebut. Siapakah yang akan menjadi mangsa seterusnya?