Petunjuk pemantauan bakal jadi pengukur

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Jawatankuasa Pandu COVID-19 akan menjadikan indikator-indikator pemantauan semasa Fasa Awal Endemik khususnya petunjuk epidemiologi termasuk kes kritikal, kadar vaksinasi dan penggunaan katil-katil di pusat pengasingan bagi penanda aras beralih ke fasa seterusnya.

Pada fasa seterusnya, sekatan-sekatan akan terus dikurangkan se-hinggalah rakyat dan penduduk negara ini dapat kembali kepada kehidupan seperti sebelumnya dengan penerapan norma baharu dalam kehidupan seharian. manakala garis panduan fasa seterusnya hanya akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Perkara itu ditekankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah pada sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

Manakala garis panduan fasa seterusnya hanya akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Perkara itu ditekankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah pada sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah hari ini.

“Pihak kerajaan sangat mengambil berat akan kerisauan dan kekhuatiran orang ramai terhadap ancaman wabak COVID-19 semasa Fasa Peralihan termasuk kesejahteraan kanak-kanak dan mereka yang belum melengkapkan vaksinasi. 

“Maka kerajaan melakukan sedaya upaya bagi memastikan langkah-langkah yang bersesuaian telah dibuat bagi memelihara keselamatan dan keamanan rakyat dan penduduk negara ini ke arah mewujudkan persekitaran yang aman damai dan harmoni, semata-mata untuk membolehkan negara ini untuk terus pulih dan keluar daripada situasi pandemik ini sekali gus membantu pemulihan ekonomi dan perniagaan, dengan harapan gangguan minimum kepada aktiviti harian masyarakat akan pulih secara beransur-ansur.

“Dengan pengumuman Fasa Awal Endemik ini, ia dihasratkan dapat memberikan masa kepada pihak-pihak berkepentingan dalam membuat persediaan logistik sebelum bermulanya pemulihan-pemulihan yang telah ditetapkan, khususnya dalam memastikan pematuhan SOP dan garis panduan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pandu COVID-19,” ujarnya.

Semasa peralihan ke Fasa Endemik nanti, orang ramai adalah diingatkan sekali lagi supaya tidak leka dan hendaklah terus mematuhi SOP seperti menjaga penjarakan fizikal, memastikan jumlah kapasiti yang dihadkan, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan, menggunakan aplikasi BruHealth serta penggunaan ART digalakkan.