Peugeot 508 L ‘2021’ baharu dilancarkan

BEIJING, 30 SEPT – Jenama Peugeot sedang memantapkan kedudukannya di China dengan penyertaan dalam Pameran Kereta Antarabangsa Beijing 2020 yang berlangsung dari 26 September hingga 5 Oktober 2020.

Peugeot melancarkan 508L ‘2021’, termasuk versi Performance 400 THP dengan reka bentuknya yang unik. Jenama itu juga memaparkan model elektrik, e-2008 SUV Peugeot, SUV 4008 PHEV 4WD serta 508 L PHEV sedan.

Model elektrik berkenaan mengesahkan semula komitmen Peugeot di China, tatkala jenama itu meraikan ulang tahun ke-210 pada pameran tersebut.

Diperkenalkan kepada orang awam pada pameran Beijing dan dilancarkan pada 22 September di China, Peugeot 508 L ‘2021’ baharu telah mengekalkan reka bentuk bergaya 508 L, dengan i-Cockpit memaparkan kualiti jalan raya. Ia memaparkan sistem penapisan udara PM2.5’ dalam kompartmen penumpang.

Versi Performance 400 THP melengkapi model Peugeot 508L ‘2021’. Garis bentuk gril hitam, roda dua-warna 18 inci dan bumbung bercat hitam dan cermin menambah lagi kedinamikan dan keunggulannya. Bahagian dalam yang mewah memaparkan kerusi kulit merah dan lapik bumbung hitam sebagai ciri-ciri standard. Ia dilengkapi dengan sistem interkom kenderaan Telematic 4G.

Model 508 L ‘2021’ mempunyai lima tahap reka bentuk hiasan dan tiga enjin, semuanya digabungkan dengan sistem gear automatik; 360 THP, 400 THP dan PHEV, hibrid ‘plug-in’ yang akan dilancarkan pada akhir 2020. Harganya adalah dari 159,700 hingga 224,700 yuan.