Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – TCY Motor Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan Peugoet di Brunei telah memperkenalkan van Peugeot Traveller baharu di bilik pamerannya di Gadong, hari ini.
Rekaan baharu Peugeot Traveller mempamerkan kekuatan dan keanggunan untuk merevolusikan segmen kenderaan pelbagai guna dan pengangkutan VIP.
Dengan enjin BlueHDi Euro6, ia dilengkapi dengan teknologi antipencemaran yang paling berkesan di pasaran dengan SCR dan FAP.
Teknologi ini, digunakan sejak 2013, menggabungkan keseronokan dan prestasi pemanduan sehingga 180 HP dan 400 Nm dengan penggunaan dan pelepasan CO2 terbaik dalam segmen
berkenaan.
Kenderaan sembilan tempat duduk ini sinonim dengan keselesaan, direka dengan lebih dinamik yang sangat sesuai untuk Peugeot.
Bagi penumpang, perjalanan menjadi sumber inspirasi yang kondusif dengan lapisan kerusi diperbuat daripada kulit khas menambah keselesaan penumpang, ditambah lagi dengan ruang yang sangat luas.
Lebih menarik, pintu belakang direka untuk kemudahan penumpang VIP, dengan pintu gelongsor elektronik di setiap sisi belakang kereta.
Peugeot Traveller juga dilengkapi Active Safety Brake, Automatic Main Beam, dan buat pertama kali dalam segmen ini, didatangkan dengan Voice Control Connected Navigation yang boleh disambung terus melalui telefon pemandu.
Dengan aksesori Infotain-ment, Peugeot Traveller juga mempunyai skrin sesentuh 7 inci yang juga boleh disambung terus ke telefon pintar melalui Bluetooth.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Peugeot Traveller boleh menghubungi TCY Motors Sdn Bhd atau mengunjung bilik pamerannya di Gadong.