Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Pewaris palsu dihantar pulang ke Jerman

    NEW YORK, 15 MAC – Pewaris palsu, Anna ‘Delvey’ Sorokin, yang dipenjarakan pada 2019 kerana menipu ratusan ribu dolar dari hotel, bank dan rakan, dan memberi inspirasi kepada siri hit di Netflix, dihantar pulang ke Jerman kelmarin, kata media Amerika Syarikat (AS).

    Warganegara Rusia-Jerman berusia 31 tahun itu pada 2016 dan 2017 berjaya menipu golongan elit New York dengan menyamar sebagai waris kaya, sedangkan dia sebenarnya adalah anak kepada pemandu trak yang berasal dari pinggir bandar Moscow.

    Sorokin, yang melakukan penipuannya dengan menggunakan nama rekaan ‘Anna Delvey’, akan dihantar ke Frankfurt lewat kelmarin selepas dibebaskan dari pusat tahanan di Negeri New York, kata tabloid New York Post, memetik sumber yang biasa dengan perkara itu.

    Sorokin dijatuhkan hukuman penjara antara empat dan 12 tahun tetapi dibebaskan pada Februari 2021 kerana berkelakuan baik, namun ditahan sekali lagi pada bulan berikutnya kerana tinggal lebih masa.

    Dia ditahan di sebuah kemudahan oleh agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE).

    Jurucakap ICE memberitahu AFP kelmarin bahawa Sorokin “kekal dalam tahanan ICE sementara menunggu dihantar pulang,” tanpa memberikan butiran lanjut. Mampu melaksanakan pembohongan yang mahir dengan rasa percaya diri yang luar biasa, wanita muda itu menyamar sebagai pewaris Jerman dengan kekayaan AS$60 juta, membolehkannya mendapatkan pinjaman puluhan ribu dolar daripada beberapa bank.

    Antara November 2016 dan Ogos 2017, dia mengembara secara percuma dengan jet peribadi, tinggal secara kredit di hotel Manhattan, tanpa pernah membayar apa-apa, menurut jabatan keadilan New York, yang menganggarkan penipuannya bernilai sekitar AS$275,000. – AFP

    Anna ‘Delvey’ Sorokin, yang dipenjarakan pada 2019 kerana menipu ratusan ribu dolar dari hotel, bank dan dihantar pulang ke Jerman kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...