Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pewaris Samsung ketahui nasib Jumaat ini

    SEOUL, 23 Ogos – Pewaris kepada empayar Samsung menghadapi keputusan dalam perbicaraan rasuahnya pada Jumaat, yang mengancam akan meninggalkan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia itu tanpa haluan selama lebih satu dekad.

    Lee Jae-Yong, naib pengerusi Samsung Electronics dan anak lelaki pengerusi kumpulan Samsung Lee Kun-Hee, telahpun dipersiapkan untuk mengambil alih konglomerat besar yang ditubuhkan oleh datuknya pada 1938.

    Ia adalah yang terbesar antara chaebols, firma yang dikawal oleh keluarga yang menguasai ekonomi keempat terbesar Asia, yang diejek oleh sesetengah warga Korea Selatan sebagai ‘Republik Samsung.’

    Kadar pusing gantinya adalah bersamaan dengan satu perlima daripada KDNK dan ia telah lama mempunyai hubungan yang erat dengan pihak berkuasa politik.

    Namun pendakwa sekarang telah menuntut hukuman penjara 12 tahun dikenakan ke atas ‘putera mahkota’ Samsung yang berusia 49 tahun sekiranya beliau disabit bersalah atas pertuduhan termasuk rasuah dan penggelapan wang berhubung dengan skandal rasuah yang menjatuhkan presiden Park Geun-Hye.

    Gambar fail pada 2 Ogos 2017 menunjukkan Lee Jae-Yong (tengah) dikawal oleh pengawal penjara setibanya di Mahkamah Daerah Seoul. Pewaris kepada empayar Samsung menghadapi keputusan dalam perbicaraan rasuahnya pada Jumaat. – AFP

    Park, dipecat pada Mac selepas kemarahan orang awam, sedang dibicarakan kerana dituduh memberikan keistimewaan dasar kepada jutawan termasuk Lee yang menjadikan rakan rahsianya Choi Soon-Sil semakin kaya, dengan Samsung memberinya kira-kira AS$40 juta.

    Lee telah ditahan ketika perbicaraan beliau dan prospek beliau dipenjarakan selama beberapa telah mengejutkan Samsung, di mana pentadbiran keluarganya tidak dihargai selama beberapa dekad.

    Keluarga Lee memiliki kira-kira lima peratus daripada saham Samsung Electronics, namun mengekal kuasa ke atas kumpulan yang lebih luas menerusi rangkaian pemilikan saham yang membabitkan berpuluh syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda