Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pfizer beli firma bioteknologi Seagen AS$43 bilion

    WASHINGTON, 13 MAC – Syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer mengumumkan hari ini ia telah mencapai perjanjian untuk membeli firma bioteknologi Seagen, pakar dalam rawatan kanser inovatif, pada harga AS$43 bilion.

    Pfizer sedang menawarkan AS$229 sesaham dalam tunai, dan syarikat dijangka menyelesaikan transaksi pada akhir tahun ini atau awal 2024, kata firma dalam satu kenyataan.

    “Pfizer akan menggunakan sumber kewangannya untuk memajukan usaha menentang kanser,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla.

    “Onkologi tetap menjadi penjana pertumbuhan terbesar dalam perubatan global, dan pemerolehan ini akan memperkukuh kedudukan Pfizer dalam bidang penting ini,” tambah Bourla.

    Seagen – pemimpin dalam penyelidikan, pembangunan dan pemerdagangan rawatan kanser sedang berkembang pesat, dengan ramalan pendapatan meningkat 12 peratus pada tahun ini kepada AS$2.2 bilion.

    Syarikat itu, beribu pejabat di negeri Washington, menarik tumpuan pengeluar ubat-ubatan dengan kerjanya dalam ubat antibodi yang ‘bertujuan membunuh sel kanser.’

    Perjanjian telah diluluskan oleh lembaga kedua-dua firma dan tertakluk kepada kelulusan badan pengawal selia serta pemegang saham. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo syarikat farmaseutikal Pfizer di tapak pengeluaran vaksin COVID di Puurs. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...