Monday, October 2, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Pfizer berkesan ke atas Delta

    BERLIN, 9 OGOS – Vaksin generasi pertama yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer berfungsi menentang varian-varian koronavirus seperti strain Delta dan tidak diperlukan untuk diubahsuai buat masa ini, kata ketua eksekutif syarikat Jerman, BioNTech hari ini.

    “Mungkin dalam masa enam hingga 12 bulan, varian selanjutnya akan muncul semula barulah ia akan memerlukan pengadaptasian vaksin namun dalam kes ini ia belum lagi,” kata Ugur Sahin kepada wartawan.

    Keputusan untuk membuat perubahan hanya akan dibuat jika jelas vaksin itu gagal berkesan atau hanya memberi perlindungan sub-par ke atas virus.

    Situasi perubahan pantas bermaksud untuk mendapatkan masa untuk perubahan betul adalah juga penting.

    “Membuat keputusan pada saat ini akan bertukar menjadi salah dalam tiga atau enam bulan jika varian lain mendominasi. Oleh itu masa untuk membuat keputusan juga mesti betul,” katanya.

    “Pada ketika ini kami mempunyai pemahaman cukup baik bahawa vaksin booster dengan induk strain adalah sudah mencukupi,” tekan Sahin.

    Rakan BioNTech, Pfizer juga berulang kali memperluaskan kes bagi suntikan booster di tengah-tengah gelombang jangkitan terbaharu.

    Negara-negara termasuk Perancis dan Jerman telah mengatakan mereka akan mula menawarkan suntikan tambahan kepada warga emas dan golongan rentan bermula September.

    BioNTech-Pfizer akan menghantar sekitar satu bilion dos vaksin mereka kepada lebih 100 buah negara atau wilayah seluruh dunia.

    Mereka menjangkakan kapasiti pengeluaran tahunan mereka akan mencecah tiga bilion dos menjelang hujung tahun ini, sebelum meningkat empat bilion dos pada 2022. – AFP

    An Israeli health worker prepares a dose of the Pfizer-BioNtech COVID-19 vaccine at the new vaccination centre for Clalit Health Services in Jerusalem’s Cinema City complex on August 8, 2021. (Photo by MENAHEM KAHANA / AFP)
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan