Pfizer dikenakan tindakan undang-undang

ROME, 20 JAN – Itali mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap firma farmaseutikal gergasi, Pfizer, atas kelewatan penghantaran vaksin COVID-19.

Pesuruhjaya Khas untuk pandemik, Domenico Arcuri, berkata ini kerana kesihatan warganya adalah perkara paling mustahak dan menjadi keperluan mendesak sekarang.

“Melindungi kesihatan warga Itali bukan perkara yang boleh dirundingkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Arcuri, tidak kira di mana sekali pun, pertemuan dengan menteri dan pemimpin wilayah mesti dijalankan untuk mempertimbangkan bagaimana kaedah terbaik untuk melindungi rakyat Itali.

“Keputusan sebulat suara ini menyaksikan tindakan undang-undang akan diambil dalam beberapa hari akan datang,” katanya.

Vaksin Pfizer BioNTech yang dibangunkan dengan cepat kini memperoleh persetujuan untuk digunakan di negara Kesatuan Eropah (EU) pada akhir Disember lalu atau lebih cepat daripada itu.

Bagaimanapun, Pfizer pada Jumaat lalu memaklumkan penundaan vaksin selama tiga hingga empat minggu lagi kerana kerja-kerja di kilang memprosesnya di Belgium.

Pada hari berikutnya, dalam satu kenyataan bersama rakan firma Jerman iaitu BioNTech, Pfizer memaklumkan pihaknya merancang untuk mengehadkan kelewatan penghantaran kepada seminggu. – AFP

Seorang pekerja kesihatan menyediakan dos vaksin Pfizer.Itali mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap firma farmaseutikal gergasi, Pfizer, atas kelewatan penghantaran vaksin COVID-19. – AFP