Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pfizer yakin Paxlovid kaedah rawatan terbaik

    NEW YORK, 4 MEI – Eksekutif Pfizer berkata semalam mereka yakin permintaan kukuh terhadap rawatan antiviral COVID Paxlovid di tengah pelonggaran peraturan pandemik ketika syarikat berkenaan melaporkan pendapatan yang memberangsangkan.

    Firma farmaseutikal Amerika Syarikat itu melaporkan peningkatan keuntungan suku pertama berdasarkan lonjakan besar dalam pendapatan daripada vaksin COVID, berkata rawatan Paxlovid untuk virus akan menjadi kaedah berharga kepada kerajaan untuk mengurangkan kesan serius wabak apabila mereka melonggarkan peraturan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.

    Ketua Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata syarikat melihat ‘tanda-tanda permintaan yang semakin meningkat untuk Paxlovid kerana ia tetap salah satu alat rawatan terbaik kami.’

    Memetik kesan vaksin yang berkurangan, Bourla berkata syarikat juga menumpu pada vaksin penggalak COVID yang menyediakan imuniti untuk setahun.

    “Orang bosan dengan dos penggalak yang berulang, maka adalah amat penting untuk membangunkan vaksin yang boleh bertahan setahun,” beritahu Bourla kepada penganalisis, menambah sementara syarikat telah mencatat kemajuan dalam bidang ini, ‘ia bukan senang untuk dicapai dari segi teknikal.’ Pfizer, yang telah menghantar kira-kira 3.4 bilion dos vaksin ke 179 negara, telah mendapatkan kelulusan untuk vaksinnya dalam kebanyakan kumpulan umur, tetapi terus mengkaji penggunaannya dalam kanak-kanak berusia lebih muda daripada lima tahun.

    Syarikat menjangka mengeluarkan 120 juta pil Paxlovid pada 2022, dengan program pengasihan meningkat di AS dan pasaran lain.

    Rawatan pil tersebut telah menerima kelulusan kecemasan di 40 negara setakat ini, kata Pfizer. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo Pfizer di ibu pejabat syarikat di New York. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...