PFNBD lantik ahli jawatankuasa baharu

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Berikutan pelaksanaan pengurangan langkah-langkah penjarakan sosial, Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD) mengadakan acara pelantikan dan pembentukan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi tahun 2020 hingga tahun 2021 yang berlangsung pada 20 Ogos lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PFNBD, di sini, pada majlis berkenaan, Haji Hamidun bin Haji Mohd Noor, masih kekal menduduki jawatan sebagai yang di-pertua PFNBD apabila beliau mendapat undian tertinggi.

Di majlis berkenaan, Haji Hamidun dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada ahli-ahli pertubuhan yang masih memberikannya kepercayaan dan sokongan untuk terus menerajui pertubuhan berkenaan.

Baginya ia merupakan satu amanah yang amat besar dan memerlukan kerjasama yang padu daripada semua pihak. Beliau turut menyatakan bahawa dalam undian berkenaan, terdapat persaingan bagi jawatan yang di-pertua yang cukup sengit di mana ia merupakan petanda yang memberangsangkan iaitu terdapat ahli yang cukup bersemangat untuk menerajui pertubuhan serta menanai amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Haji Hamidun meluahkan harapan agar pertubuhan berkenaan akan terus gemilang dengan kerjasama semua ahli-ahli jawatankuasa eksekutif sesi 2020-2021 yang baru dilantik dan sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu, hormat-menghormati dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

Dalam majlis berkenaan, antara ahli-ahli jawatankuasa baharu PFNBD bagi sesi 2020 hingga 2021 yang baru dilantik ialah Naib Yang Di-Pertua, Pengiran Haji Sulaiman bin Pengiran Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Awang Murni bin Awang Haji Mahali; Penolong Setiausaha Agung I, Awang Amri bin Haji Mohd Salleh; Penolong Setiausaha Agung II, Awang Ahlimun bin Haji Nawang; Bendahari Agung, Haji Kahan bin Haji Nasir; Penolong Bendahari Agung, A.Haji Jinnidi bin A.Haji Mahali; Setiausaha Sosial, Awang Hadianas Amirwardi bin Haji Mohamad; Penolong Setiausaha Sosial, Awang Kamarudin bin Haji Tahir; Setiausaha Pameran, Haji Rafieh bin Haji Momin, Penolong Setiausaha Pameran, Haji Ali Hamzah bin Haji Gafar; Setiausaha Bimbingan, Awang Mohamad Noriman bin Mohamed Ali; Penolong Setiausaha Bimbingan, Felix Chong Yun Fatt; Setiausaha Rumah Kelab, Awang Muhammad Sapri bin Haji Mayasin serta ahli-ahli jawatankuasa biasa, Haji Roslan bin Haji Abdul Kadir, Haji Shahrul Azrimin bin Haji Bidin, Awang Muhd Haffizulillah Mohamed @Abdullah, Tee Shin Yean, Awang Yusma Bahrin bin Dato Paduka Haji Mohd Yusof dan Awang Muhd Nur Izyani bin Abdul Kahar.

Acara pelantikan dan pembentukan ahli jawatankuasa baharu itu sepatutnya diadakan pada Mac lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan negara yang menghadapi situasi penularan wabak pandemik COVID-19.

Ahli-ahli Jawatankuasa PFNBD 2020-2021 bergambar ramai di majlis berkenaan. – Gambar serahan PFNBD