Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGA AS kejuaraan golf terbesar kedua ditunda

    LOS ANGELES, 18 MAC – Kejohanan PGA Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 Mei di Harding Park, San Francisco, telah ditunda dan merupakan kejuaraan golf utama 2020 kedua dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

    PGA AS berkata semalam mereka berharap dapat menjadualkan semula acara di Harding Park pada tahun ini.

    Berita itu datang selepas Augusta National Golf Club mengumumkan bahawa Kejohanan Masters tidak dapat diteruskan pada 9 hingga 12 April. Keputusan oleh PGA AS untuk menangguhkan Kejohanan PGA dibuat selepas berjuta-juta penduduk San Francisco telah diperintahkan untuk berkurung tinggal di rumah dalam usaha untuk mencegah penularan wabak yang membunuh itu.

    Enam daerah di San Francisco Bay Area dan Berkeley adalah sebahagian tempat diarahkan perintah berkurung selepas kes jangkitan meningkat kepada 258 kes yang disahkan COVID-19 dengan empat kes kematian.

    “Sepanjang proses penilaian, kami telah komited untuk mengikuti panduan pihak berkuasa kesihatan awam dan diberi perintah perlindungan dari COVID-19 yang berlaku di San Francisco, penangguhan adalah keputusan terbaik bagi semua yang terlibat,” kata ketua eksekutif PGA Amerika, Seth Waugh.

    “Ini mencerminkan proses yang bijaksana,” tambah Waugh. “Kami akan bekerja bersama dengan Pesuruhjaya, Jay Monahan dan rakan-rakan kami di PGA untuk mencari tarikh alternatif yang sesuai untuk semua. Kami sangat berharap hasil yang terbaik.

    “Kami juga dalam dialog dengan Datuk Bandar London, Breed dan pasukannya di bandar San Francisco, berharap dapat membawa Kejuaraan PGA 2020 ke TPC Harding Park pada tarikh musim panas ini apabila ia selamat dan bertanggungjawab untuk melakukannya.” – AFP

    Trofi Wanamaker dilihat semasa pusingan pertama Kejuaraan PGA ke-93 di Kelab Atlanta Athletic di Johns Creek, Georgia. Kejuaraan PGA AS ditunda, kejuaraan golf utama 2020 yang kedua ditunda akibat COVID-19. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda