PGA AS kembali Tanpa peminat?

LOS ANGELES, 12 APRIL – Jelajah PGA AS kini mempertimbangkan beberapa senario untuk kembali mengadakan kejohanan selepas pandemik COVID-19, termasuk bermain beberapa kejohanan tanpa kehadiran peminat, Gold Digest melaporkan.

Jelajah tersebut memberitahu pemain menerusi memo yang dihantar Khamis lalu, yang dilaporkan oleh Golf Digest, bahawa ia menyasarkan untuk kembali bagi Cabaran Charles Schwab pada 21 Mei di Padang golf Colonial di Fort Worth, Texas.

Jelajah tersebut telah digantungkan musimnya selepas pusingan pertama Kejohanan Pemain pada bulan lalu dan sejak itu membatalkan kejohanan menerusi Kejohanan Byron Nelson yang dijadualkan pada 7 hingga 10 Mei.

ESPN melaporkan bahawa jelajah tersebut akan mengumumkan lebih banyak pembatalan pada minggu hadapan.

Pemain-pemain telah diberitahu menerusi memo jelajah bahawa para pegawai berharap untuk ‘menjaga jumlah maksimum kejohanan sebanyak mungkin sementara memberikan kami masa untuk mengatasi krisis ini’.

Para pegawai memberitahu pemain mereka akan meminta nasihat dari pihak berkuasa kerajaan sebelum membuat keputusan untuk menyambung permainan.

Jika bulan Mei disambung ia adalah tidak mustahil dengan perintah berkurung masih berkuat kuasa, tarikh baharu Colonial akan dipindahkan kepada 11 hingga 14 Jun, mengambil tarikh asal Terbuka Kanada, yang dijangkakan akan dibatalkan.

Jelajah tersebut memberitahu pemain mereka mempunyai notis masa tiga ke empat minggu sebelum musim bermula.

“Kami faham ramai yang terjejas dengan sekatan perjalanan dan/atau tidak boleh mengadakan latihan di kawasan anda, jadi kami mahu untuk memberikan masa sebanyak mungkin untuk membenarkan anda kembali dengan persediaan penuh,” menurut memo. – AFP