PGA ketatkan protokol virus

NEW YORK, 28 JUN – Jelajah PGA semalam mengatakan bahawa ia akan mengetatkan protokol keselamatan untuk kejohanan yang akan datang berikutan kes positif COVID-19 di Jelajah Kejuaraan minggu ini.

PGA mengatakan dalam satu kenyataan bahawa kejohanan Rocket Mortgage Classic minggu depan di Detroit, tidak ada pemain, pengadil atau individu lain yang dibenarkan masuk ke dalam acara kejohanan tersebut sehingga ia disahkan selamat selepas semua melalui ujian COVID-19 dengan keputusan negatif.

Sebelum ini pemain dan caddies dibenarkan berada di tempat kejohanan untuk berlatih kerana mereka menunggu keputusan ujian, tetapi tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dalaman.

“PGA mengambil langkah berjaga-jaga satu langkah lebih jauh untuk menambahkan keselamatan dengan tidak ada pemain atau caddies akan berada di lokasi, di mana saja, untuk memulakan minggu ini, tanpa terlebih dahulu semuanya perlu bersih melalui pemeriksaan COVID-19,” kata PGA.

“Protokol ini akan berjalan untuk semua individu di dalam acara tersebut, termasuk pakar fisio, tenaga pengajar, kakitangan dan lain-lain yang terlibat.” – AFP

Pegawai peraturan Jelajah PGA, Stephen Cox memakai penutup mulut dan hidung semasa pusingan ketiga Kejohanan Travelers di TPC River Highlands, semalam di Cromwell, Connecticut. – AFP