Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Philadelphia Inquirer dilanda serangan siber

    PHILADELPHIA, 15 MEIPhiladelphia Inquirer mengalami gangguan paling signifikan terhadap operasinya dalam tempoh 27 tahun disebabkan oleh apa yang disebut oleh akhbar itu sebagai serangan siber.

    Syarikat itu sedang berusaha untuk memulihkan operasi cetakan selepas pencerobohan siber yang menghalang kerja-kerja pencetakan edisi cetakan Ahad akhbar itu, lapor Inquirer di laman webnya.

    Laman web berita itu masih beroperasi, walaupun kemas kini lebih perlahan daripada biasa, lapor Inquirer.

    Penerbit Inquirer, Lisa Hughes kelmarin berkata, ‘kami tidak dapat memberikan garis masa yang tepat’ untuk pemulihan penuh sistem akhbar itu.

    “Kami menghargai kesabaran dan kefahaman semua orang sementara kami berusaha untuk memulihkan sepenuhnya sistem dan menyelesaikan penyiasatan ini secepat mungkin,” kata Hughes dalam e-mel menjawab soalan dari bilik berita akhbar itu. Serangan itu mula dikesan apabila pekerja pada pagi Sabtu mendapati sistem pengurusan kandungan akhbar itu tidak berfungsi.

    Gambar fail bertarikh 30 November 2006 menunjukkan mesin layan diri akhbar Philadelphia Inquirer di Philadelphia. – AP

    The Inquirer ‘mengesan aktiviti anomali pada sesetengah sistem komputer dan segera menutup sistem tersebut’, kata Hughes.

    Serangan siber itu telah menyebabkan gangguan terbesar kepada penerbitan organisasi berita terbesar Pennsylvania sejak ribut salji besar pada Januari 1996, lapor Inquirer.

    Serangan siber itu berlaku sebelum pilihan raya Datuk Bandar yang dijadualkan pada hari Selasa. Hughes berkata gangguan operasi tidak akan menjejaskan liputan berita mengenai pilihan raya, walaupun wartawan tidak akan dapat menggunakan bilik berita pada malam pilihan raya.

    Hughes berkata pekerja Inquirer lain tidak akan dibenarkan masuk ke pejabat sehingga sekurang-kurangnya esok, dan syarikat itu sedang meneliti pengaturan kerja bersama untuk hari Selasa, lapor Inquirer.

    Siasatan sedang dijalankan terhadap tahap dan sasaran khusus serangan itu, dan syarikat itu telah menghubungi FBI, kata Hughes.

    FBI di Philadelphia enggan mengulas sebagai menjawab soalan wartawan Inquirer, lapor akhbar itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...