Philips ramal ‘ketidakpastian’ akibat COVID-19 tahun ini

THE HAGUE, 25 JAN – Syarikat elektronik Belanda, Philips berkata hari ini ia menyaksikan ‘ketidakpastian’ tahun ini akibat pandemik koronavirus, ketika keuntungan bersih bagi 2020 meningkat 1.9 peratus.

Syarikat itu kini menumpu pada penjagaan kesihatan selepas berdekad-dekad ketika peralatan penting rumah dan lampunya, mempunyai jualan sebanyak 19.5 bilion euro (AS$23.7 bilion) pada 2020, meningkat 0.27 peratus pada 2019.

“Melihat ke hadapan, kami terus menyaksikan ketidakpastian berkaitan impak COVID-19 di seluruh dunia,” kata ketua eksekutif Philips, Frans van Houten dalam satu kenyataan.

“Bagi 2021, Philips merancang untuk mengongsikan pertumbuhan jualan sama dengan digit tunggal rendah, yang dipacu oleh pertumbuhan kukuh dalam rawatan diagnosis dan kesihatan peribadi.

Philips berkata pendapatan bersih dalam suku keempat tahun 2020 meningkat 9.17 peratus setahun ke setahun kepada 607 juta euro.

Firma itu menandatangani perjanjian bersama 25 hospital di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia dalam suku terakhir dan melebarkan perkhidmatan ‘telekesihatan’ jarak jauh bagi pengguna di rumah, katanya.

Jumlah keuntungan bersih 2020 mencecah 1.19 bilion euro berbanding 1.17 bilion euro pada 2019. – AFP