Philips ramal pemulihan pertumbuhan

THE HAGUE, 20 JULAI – Syarikat elektronik Belanda, Philips berkata hari ini yang keuntungan bersih jatuh pada suku kedua akibat wabak koronavirus, namun meramalkan pemulihan pertumbuhan tahun ini menerusi jualan peralatan kesihatan.

Permintaan meningkat bagi peralatan itu termasuk ventilator yang digunakan untuk merawat pandemik telah merangsang tempahan firma, yang baru-baru ini menghentikan cawangan peralatan rumah bagi menumpu pada sektor kesihatan.

Philips berpangkalan di Amsterdam berkata keuntungan bersih pada suku kedua merosot 14.63 peratus tahun ke tahun kepada 210 juta euro berbanding 246 juta bagi tempoh sama tahun 2019.

Jualan menurun 6 peratus pada tempoh sama kepada 4.4 bilion.

Ketua Eksekutif Philips, Frans van Houten dalam kenyataannya berkata, COVID-19 telah menyebabkan penurunan ketara dalam permintaan pengguna.

Penurunan dalam prosedur hospital normal bukan virus melibatkan peralatan Philips telah terjejas teruk, kata van Houten.

Bagaimanapun permintaan bagi peralatan digunakan untuk merawat COVID-19 telah menyebabkan tempahan meningkat 27 peratus, tambahnya. – AFP