Philipsen menang peringkat kedua Vuelta a Espana

BURGOS, SEPANYOL, 16 OGOS – Pelumba Alpecin, Jasper Philipsen mengungguli pecutan kumpulan menuju garisan penamat peringkat dua Vuelta a Espana, mengatasi pelumba Deceuninck, Fabio Jakobsen dan Bike Exchange, Michael Matthews.

Juara bertahan dari pasukan Jumbo, Primoz Roglic kekal sebagai pendahulu keseluruhan jersi merah sementara Philipsen merampas jersi hijau pecut apabila melakukan pecutan penamat selepas permukaan landai 166km dari Caleruega ke Burgos dalam cuaca panas 31 darjah celsius.

Pelumba harapan Britain, Adam Yates ketinggalan dalam 30 saat dan beberapa pelumba terkandas pada kemalangan lewat beberapa kilometer daripada garisan penamat ketika setiap pasukan terdesak untuk menamatkan perlumbaan dalam kedudukan.

Kemenangan itu bermakna Philipsen melengkapkan tiga kejuaraan bagi pasukan divisyen dua, Alpecin-Fenix selepas Tim Merlier menang pecutan kumpulan pertama di Giro d’Italia dan Jelajah Perancis, tahun ini.

“Ia menunjukkan bagaimana semua orang dari pasukan ini begitu bermotivasi,” kata Philipsen, antara yang pertama dari tiga teratas dalam enam kali di Jelajah Perancis pada Julai lalu.

“Saya mendapat sokongan yang kuat dan ini adalah bagaimana kami boleh memenangi pecutan. Setiap dari kami sangat gembira hari ini dan kami memulakan Jelajah Utama dalam cara yang bagus.” – AFP

Reaksi Jasper Philipsen dari pasukan Alpecin-Fenix semasa meraikan kemenangannya di perlumbaan berbasikal La Vuelta di wilayah Burgos, utara Sepanyol, kelmarin. – AP