Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Phoenix Suns teruskan kecemerlangan

    LOS ANGELES, 22 DIS – Devin Booker dan Deandre Ayton memacu Phoenix Suns mencatat kemenangan 108-90 semalam ke atas Los Angeles Lakers, yang mana pemain bintang mereka, LeBron James mengalami kecederaan buku lali kiri.

    Booker berjaya menjaringkan 24 mata, sembilan rebound dan tujuh assist sementara Ayton menyumbang 19 mata dan 11 rebound ketika Suns memenangi perlawanan keempat berturut-turut dan yang keenam daripada tujuh permulaan.

    Suns, yang tewas kepada Milwaukee pada final NBA musim lalu, memperbaiki rekod terbaik NBA kepada 25-5, berada di atas Golden State Warriors (26-6). Ini menandakan permulaan kedua terbaik pasukan bagi 30 perlawanan dalam sejarah pasukan.

    Phoenix memulakan perlawanan dari 0 kepada 9 melalui jaringan tiga mata dan menjaringkan 12 kepada 41 melalui Booker, yang kembali daripada kecederaan hamstring dan terlepas tujuh perlawanan, mencetak enam daripada 11 percubaan di luar lengkungan.

    “Hanya perlu mempercayai usaha awda,” kata Booker. “Kami menghabiskan banyak masa berada di gim. Terdapat empat suku dalam perlawanan jadi kami cuba meneruskan usaha dan jangan mengalah.”

    Suns mendahului hanya 54-52 pada separuh masa tetapi melebarkan jurang kepada 85-73 memasuki suku keempat dan sejak itu meluaskan jurang mata.

    Pemain Paling Berharga NBA empat kali, James membimbing Lakers dengan 34 mata dan menambah tujuh rebound, dua assist dan dua steal sementara Russell Westbrook menambah 22 mata dan 10 rebound untuk pasukan tuan rumah, yang mencatat kekalahan tiga perlawanan berturut-turut.

    Kedudukan Lakers jatuh ke tangga ketujuh dengan 16-16 di Western Conference.

    Sementara itu di Miami, pemain simpanan Heat, Tyler Herro dan Duncan Robinson masing-masing menjaringkan 26 mata untuk membantu Miami menewaskan Indiana 125-86. – AFP

    Aksi Devin Booker cuba membuat hantaran kepada rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Los Angeles Lakers pada 21 Disember.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda