Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Phoenix tandingi tawaran Pacers

    LOS ANGELES, 15 JULAI – Phoenix Sun menyamai tawaran bernilai AS$133 juta selama empat tahun yang ditawarkan Indiana Pacers kepada Deandre Ayton, sekaligus mengekalkan pemain itu bersama Phoenix, menurut laporan ESPN, kelmarin.

    Memetik ejen Ayton, ESPN melaporkan bahawa Suns, yang mempunyai masa sehingga Sabtu ini untuk menerima tawaran Indiana yang dibuat kelmarin, bertindak balas segera untuk mengekalkan perkhidmatan pilihan nombor satu itu dalam draf NBA 2018.

    Tawaran daripada Pacers adalah yang terbesar dalam sejarah NBA, menewaskan tawaran empat tahun dan AS$107 juta yang ditandatangani oleh Otto Porter Jr dengan Brooklyn Nets pada 2016.

    Perjanjian tersebut besar kemungkinan akan membuatkan bintang Brooklyn Nets, Kevin Durant yang mungkin akan menyertai Phoenix melalui pertukaran.

    Durant membuat kejutan ke seluruh liga NBA pada 30 Jun lalu selepas mengatakan dia meminta untuk ditukar, dengan Phoenix dan Miami dilaporkan menjadi destinasi pilihannya.

    Namun kini, tiada perjanjian pramusim dibuat untuk Durant termasuk Ayton, yang bekerjasama tahun lalu dengan Chris Paul dan Devin Booker untuk membawa Phoenix ke rekod terbaik musim biasa dalam keputusan liga 64-18.

    Suns sebelum ini tumbang dalam tujuh perlawanan kepada Dallas Mavericks pada separuh akhir Western Conference.

    Setelah menandingi tawaran dibuat Pacers, Suns tidak boleh menukar Ayton sehingga 15 Januari, dan mereka tidak boleh menukarnya selama setahun penuh tanpa persetujuannya. – AFP

    The Suns menandingi tawaran yang dibuat oleh Pacers untuk Deandre Ayton bernilai AS$133 juta selama empat tahun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...