Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala AFF: Terlalu hormat kepada lawan bawa padah

    KUALA LUMPUR, 12 DIS – “Kami terlalu hormat kepada Vietnam!”

    Itulah penilaian Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berikutan kekalahan 0-3 pasukan negara kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Kejohanan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura malam ini.

    Beliau mengakui mereka kalah kepada pasukan yang lebih baik dan menggambarkan aksi menentang juara bertahan itu sebagai satu pertempuram yang amat sukar biarpun anak-anak buahnya telah mencuba yang terbaik untuk mencabar Vietnam di dalam gelanggang.

    “Saya rasa kami kalah disebabkan kesilapan taktik tetapi saya nampak kami bermain dengan terlalu berhati-hati dan bertahan sahaja dalam babak pertama.

    Pasukan saya tidak dapat menguasai dan mengawal bola sebagaimana biasa dilakukan dalam perlawanan kali ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

    Oleh itu, jurulatih berusia 53 tahun itu berkata anak-anak buahnya perlu belajar daripada perlawanan menentang ‘Naga Emas’ berapi dan menggesa mereka untuk melangkah ke hadapan dengan mempersiapkan diri untuk pertarungan penting dengan musuh ketat, Indonesia, Ahad depan untuk menentukan kelayakan ke separuh akhir.

    Beliau juga berharap para pemain akan menggunakan waktu seminggu untuk berehat dan menjalani proses pemulihan menjelang aksi terakhir Kumpulan B minggu depan.

    Cheng Hoe percaya keputusan akan menjadi sebaliknya seandainya beliau mempunyai skuad yang lengkap kali ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda