Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Piala Afrika ditangguhkan sehingga 2024

    RABAT, MAGHRIBI, 4 JULAI – Kejohanan Piala Afrika sete-rusnya akan berlangsung pada awal 2024 bagi mengelak sebarang kemungkinan hujan lebat di negara tuan rumah, Ivory Coast.

    Jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) telah memutuskan untuk menunda kejohanan tersebut, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Jun-Julai 2023, kepada Januari dan Februari 2024.

    Ia akan menjadi pusingan akhir kedua berturut-turut yang berlangsung pada Januari dan Februari berikutan acara tahun ini di Cameroon, yang dijadualkan semula atas sebab yang sama.

    “Kami tidak mahu mengambil risiko dengan pertandingan yang berpotensi dibatalkan,” kata presiden CAF, Patrice Motsepe kelmarin pada sidang akhbar di Rabat, Maghribi, yang kini menjadi tuan rumah Piala Afrika Wanita. “Ia tidak elok bagi bola sepak Afrika dan imej kami. Kami perlu membuat keputusan terbaik atas dasar itu.”

    Sebelum ini pada 2017, CAF mengumumkan keputusannya untuk memindahkan perlawanan akhir ke slot musim panas bagi menenangkan kelab Eropah yang enggan melepaskan pemain Afrika semasa musim domestik mereka. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...