Piala Asia: Jepun bernasib baik

AL-AIN, Emiriah Arab Bersatu, 10 Jan – Dua jaringan pantas menerusi Yuya Osako menyelamatkan skuad kebangsaan Jepun ketika menentang Turkmenistan pada saingan Piala Asia semalam tatkala tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar menghilangkan kesuraman dengan kemenangan 2-0 ke atas Lubnan.

Uzbekistan meletakkannya lewat sebelum menewaskan Oman 2-1 tetapi ia adalah juara empat kali, Jepun, yang mengalami ancaman terbesar ketika mereka terpaksa bangkit dari belakang setelah disaing hebat oleh pasukan yang berada di ranking ke-127 dunia itu.

Rembatan kencang Arslan Amanov meningkatkan prospek besar daripada Turkmenistan tetapi jaringan menerusi Osako memastikan kedudukan terkawal sebelum Ritsu Doan menyelamatkan permainan.

Bagaimanapun, Ahmet Atayey menyudahkan sepakan penalti 11 minit sebelum tamat sebelum Jepun bangkit untuk kemenangan 3-2, memberi peringatan kepada beberapa buah pasukan besar yang menyertai saingan Piala Asia kali ini.

“Perlawanan pertama selalunya sedikit istimewa dan kami menjangkakan satu persaingan sengit,” kata jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu, yang gembira bermula dengan baik dalam Kumpulan F.

“Jelas kami gembira untuk mendapatkan tiga mata tetapi masih banyak perkara untuk dilakukan bagi perlawanan seterusnya.”

Pada perlawanan pembukaan awal, juara bertahan Australia dikejutkan oleh Jordan 1-0, Korea Selatan mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Filipina dan China memerlukan jaringan sendiri untuk mencetuskan kebangkitan 2-1 menentang Krygyzstan.

Pasukan Blue Samurai memiliki permainan terbaik dalam perlawanan itu selepas mara ke pusingan 16 terakhir dalam Piala Dunia tahun lepas dan tidak menjangka akan menghadapi masalah dengan Turkmensitan.

Tetapi kapten pasukan Turkmenistan, Amanov meletakkan pasukan bawahan itu di depan selepas minit ke-26 di Abu Dhabi, dengan meledakkan rembatan jarak jauh yang menerjah ke sudut atas gawang.- AFP

Reaksi Yuya Osako ketika menyaksikan penjaga gawang Turkmenistan bersedia menangkap bola pada perlawanan yang diadakan di Stadium al-Nahyan, Abu Dhabi, kelmarin. – AFP