Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Audi: Empat kelab antarabangsa berentap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Piala Audi ke-6 bagi perlawanan bola sepak Eropah musim 2019/2020 bakal bermula pada 30 hingga 31 Julai nanti, di mana Pasukan Bayern Munchen, Real Madrid, Fenerbahce Istanbul, dan Tottenham Hotspur bakal berentap di Allianz Arena pada kejohanan berkenaan.

    Kejohanan Piala Audi kali pertama diadakan pada tahun 2009 sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 Audi. Sejak itu, kejohanan tersebut menjadi salah satu kejohanan pra-musim paling terkenal dan paling berprestij di Eropah.

    FC Bayern telah memenangi trofi sebanyak tiga kali, manakala FC Barcelona dan Atletico de Madrid masing-masing pernah meraih tempat teratas dalam kejohanan tersebut.

    Bayern, Real Madrid, Fenerbahce, dan Tottenham, masing-masing pernah meraih kejayaan besar dalam kejohanan bola sepak, di mana ada di antara pasukan tersebut telah meraih lebih daripada 90 gelaran liga, 50 gelaran piala dan 19 gelaran Liga Juara-Juara.

    Menurut Pengerusi Lembaga Pengurusan di AUDI AG, Bram Schot bahawa Piala Audi kini dilihat menjadi sebuah kejohanan yang berprestij dan diperkukuhkan lagi dengan penampilan kelab teratas antarabangsa bagi musim baharu ini.

    Kedua-dua perlawanan separuh akhir akan bermula pada Julai nanti, di mana perlawanan pertama akan menyaksikan Real Madrid bakal berdepan dengan Tottenham Hotspur, sebelum FC Bayern dan Fenerbahce Istanbul beraksi pada sebelah malam. Pasukan yang tewas akan beraksi untuk meraih tempat ketiga pada 31 Julai nanti sebelum perlawanan akhir bagi dua pasukan yang berjaya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda