Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Piala Canselor 2022 dirasmikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah melancarkan Piala Canselor 2022 pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Fasa 3, UTB, hari ini.

    Piala Canselor diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), UTB, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan pelancarannya ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Turut hadir ialah Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kiflie; Rektor UNISSA, Dr Haji Nor Arfan bin Haji Zainal; dan Raes KUPU SB, Dr Haji Adnan bin Haji Besar.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Piala Canselor 2022, Dayang Ummi Salamah binti Haji Mohamad Firdaus.

    Tetamu kehormat dibawa menyaksikan salah satu aktiviti yang diadakan dalam Piala Canselor di arena pameran.

    Naib canselor UTB dan UBD, rektor UNISSA serta raes KUPU SB kemudian dijemput untuk sama-sama menyempurnakan pelancaran dengan meletakkan cut-puzzle pada mekanisme pelancaran. 

    Tetamu kehormat kemudiannya meletakkan bahagian tengah bagi melengkapkan pelancaran.

    Dr Haji Azman turut dibawa melawat ke Arena Pameran Piala Canselor yang mempamerkan beberapa sukan dan aktiviti di bawah pertandingan Piala Canselor di Dewan Serbaguna dan Common Engineering Building (CEB), fasa 3, UTB.

    Kejohanan itu bertujuan untuk memotivasikan pembangunan, persaingan dan persatuan sukan antara universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi.

    Ia terbuka kepada semua pelajar dan warga institusi pengajian tinggi di negara ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...