Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Piala Dunia FIFA kini berada di Kemboja

    PHNOM PENH, 15 JUN – Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Kemboja sebagai sebahagian dari perjalanannya mengelilingi dunia sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada November, hari ini.

    Turut mengiringi ketibaan trofi tersebut ialah juara Piala Dunia FIFA 1998 dan pemain bola sepak legenda dari Perancis, Christian Karembeu, trofi berprestij itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh menaiki pesawat jet peribadi.

    Trofi kemudian dipindahkan dari lapangan terbang ke Istana Damai, di mana trofi itu disambut oleh Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen bersama beberapa orang pegawai.

    Hun Sen semasa menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis itu, mengatakan bahawa trofi itu merupakan satu simbol dalam sukan yang mewakili seramai berbilion pencinta bola sepak di seluruh dunia.

    Kemboja sekitar 2,000 pemain terlatih dan lebih daripada 3,000 pemain amatur serta memiliki lebih 100,000 penyokong.– Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...