SYDNEY, 3 Jun – Tim Cahill akan beraksi dalam persaingan Piala Dunia kali keempat dan pemain muda, Daniel Arzani berjaya tersenarai dalam pilihan terakhir jurulatih Australia, Bert van Marwijk bagi skuad 23 pemain hari ini.
Cahill, 38, adalah penjaring gol antarabangsa paling prolifik bagi negaranya dengan 50 gol dan telah menjaringkan gol dalam tiga Piala Dunia sebelum ini.
Cahill mendapatkan kebenaran bagi perlawanan itu, yang bermula di Rusia pada 14 Jun, biarpun kemunculan terhad bagi Millwall dalam divisyen dua Championship, England sejak kembali ke selatan London pada Januari lalu.
Arzani, 19, kelahiran Iran dan Dimi Petratos dilibatkan tetapi James Troisi, Josh Brillante, Nikita Rukavytsya dan Fran Karacici digugurkan dari skuad tersebut.
Pemain penyerang, Jamie Maclaren dikekalkan dalam 23 skuad pemain itu selepas hadir sebagai pelapis kepada Tomy Juric yang mengalami kecederaan, yang juga dipilih.

Van Marwijk dari Belanda mengesahkan skuadnya susulan kemenangan perlawanan persahabatan 4-0 ke atas Republik Czech di Austria.
“Saya gembira dengan usaha semua pemain ketika kami berada di Turki dan Austria,” kata van Marwijk dalam satu kenyataan.
“Setiap langkah proses pemilihan adalah sukar kerana semua pemain memberikan segalanya untuk berada dalam pemilihan akhir.”
Dia percaya skuad itu akan membanggakan negara mereka pada perlawanan itu, “jika kami terus bekerja secara kolektif dan intensif dalam tempoh dua minggu lagi menuju ke kejohanan itu.”
Australia akan melalui satu lagi perlawanan persahabatan menentang Hungary di Budapest pada Sabtu depan menjelang perlawanan Piala Dunia mereka menentang Perancis, Denmark dan Peru. – AFP