Piala FA milik Arsenal

LONDON, 2 OGOS – Pierre-Emerick Aubameyang menjadi wira Arsenal untuk melakar nama selaku pemenang Piala FA kali ke-14 selepas ketua pasukan Gunners itu menyumbang dua gol untuk menewaskan Chelsea 2-1 dalam aksi final di Wembley kelmarin.

Christian Pulisic meletakan Chelsea di hadapan, tetapi Chelsea mula goyang selepas Aubameyang dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Cesar Azpilicueta dan hasil jaringan gol dari penalti telah menjadikan kedudukan seri 1-1 sama.

Penyudah yang hebat dari Aubameyang 23 minit sebelum tamat perlawanan telah memberikan Mikel Arteta piala pertamanya selaku ketua pasukan Arsenal sebelum Chelsea terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Mateo Kovacic secara kontroversi dilayangkan kad kuning kedua.

Arteta berkata sebelum perlawanan bahawa dia berharap dengan kejayaan akan mendorong Aubameyang, yang kontraknya berbaki setahun di The Emirates, untuk komited menandatangani perjanjian jangka panjang yang baharu.

Pemain kebangsaan Gabon itu telah meledak 29 gol dalam musim ini dan memastikan Gunners untuk tidak terlepas peluang bermain di Liga Eropah musim hadapan.

Chelsea sudah mencapai sasaran mereka untuk menempah kedudukan bermain di Liga Juara-Juara musim hadapan pada minggu lalu.

Arteta mendapat banyak pujian atas taktikal beliau semasa lapan bulan pertamanya memegang jawatan pengurusan dan pengurus dari Sepanyol itu telah menyusun semula corak permainan The Gunners semasa rehat untuk menukar momentum perlawanan. – AFP

Reaksi pemain-pemain Arsenal ketika meraikan kejayaan selepas menundukkan Chelsea 2-1 di Wembley.- AP